Toyota bakal hasilkan EV dengan bateri solid-state menjelang 2027

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota Motor Corp menyasarkan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh bateri solid-state menjelang 2027, dimana teknologi itu dijangka lebih daripada dua kali ganda julat kereta daripada satu cas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembuat kereta Jepun itu mendedahkan rancangan itu dalam taklimat baru-baru ini di pangkalan penyelidikan di wilayah Shizuoka, dimana teknologi itu dijangka dikomersialkan pada 2027 atau 2028.

Memanjangkan hayat bateri solid-state telah menjadi isu yang menghalang teknologi daripada mencapai daya maju komersial, tetapi Toyota mengatakan bahawa mereka telah mengatasi cabaran itu.

Ketua Pegawai Teknologi Toyota, Hiroki Nakajima berkata, "Kami menemui bahan berkualiti, yang membolehkan kami bersaing dengan seluruh dunia dan pasti menggunakannya untuk kegunaan praktikal."

Bateri EV solid-state boleh dicas dalam masa kurang daripada 10 minit dan menggerakkan kenderaan pada jarak 1,200 kilometer, 2.4 kali ganda berbanding bateri lithium-ion konvensional.

Elektrod untuk bateri solid state telah diketahui mengembang dan mengecut berulang kali dalam kitaran pengecasan, ia menyebabkan elektrod akhirnya tertanggal daripada bahan pepejal-elektrolit, dan menjejaskan bateri.

 

2

 

Bateri solid state sedia ada mampu dicas semula hanya beratus-ratus kali pada tahap terbaik, jauh lebih rendah daripada beribu-ribu cas yang diperlukan untuk bateri sedia pasaran.

Toyota merupakan peneraju dalam penghasilan teknologi bateri solid-state, dengan lebih 1,000 paten. Pada tahun 2020, Toyota telah menguji prototaip EV dengan bateri keadaan pepejal.

Perancangan Toyota untuk membangunkan bateri solid-state yang mampu mencapai jarak kira-kira 1,500 km daripada pengecasan kurang daripada 10 minit.

Dengan teknologi bateri semasa, EV menempuh jarak yang lebih pendek setiap cas berbanding kenderaan petrol dan hibrid. EV sulung Toyota, bZ4X, mempunyai jarak gerak kira-kira 600 km dengan pengecasan selama 30 minit.

Selain Toyota, pengeluar lain seperti Nissan merancang untuk mengeluarkan EV dengan bateri solid state pada penghujung 2028 dan BMW menjelang 2025, dimana pengeluaran secara besar-besaran akan dilakukan menjelang 2030.

Sementara itu, Toyota sedang meningkatkan prestasi bateri litium-ionnya. Seawal 2026, syarikat itu akan mengeluarkan EV generasi akan datang dengan jarak gerak kira-kira 1,000 km dan pengecasan selama 20 minit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak terhad kepada kereta-kereta moden, KINTO turut mempunyai program khas Vintage Club by KINTO…
Berita Global
Inoue telah dipilih bagi menggantikan peranan yang akan ditinggalkan oleh Soichiro Okudaira berkuat…
Berita Domestik
Selain daripada itu, mereka juga komited terhadap pengurusan yang telus dan penuh bertanggungjawab…