Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) ungguli Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Rantau Asia (NISAC)

oleh SALINA JALIL|
Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) yang diadakan di Thailand.

Ernest Chong Ruichen dari Pusat 3S Nissan Kuching yang memenangi Pertandingan NISAC Kebangsaan yang diadakan pada April 2018, telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat serantau. Menjadi peserta paling muda, Ernest Chong mengungguli pertandingan Penasihat Servis, sekali gus mengalahkan ramai peserta lain yang lebih berpengalaman dari Hong Kong, Singapura, Republik Korea, Filipina, Brunei dan Sri Lanka. Beliau dipilih atas kemahiran insaniah yang luar biasa, selain pengendalian di bahagian Jualan dan Cara Servis Nissan (NSSW) serta daya pemikiran yang berkepentingan kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) merupakan satu pertandingan peringkat serantau yang dianjurkan oleh Nissan Motor Co Ltd. (NML). Ia bermatlamat untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada penasihat servis daripada divisyen Selepas Jualan dan Servis yang mempunyai kemahiran terbaik. Pertandingan ini menilai pelbagai aspek termasuklah teknik mengalu-alukan pelanggan, keseriusan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, ketelusan yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan serta penjelasan jujur agar pelanggan faham sepenuhnya.

 

“Kami amat bangga atas pencapaian Ernest Chong yang dinobatkan sebagai juara NISAC. Menjadi pemenang paling muda, beliau akan menjadi model contoh dalam menetapkan standard kualiti servis kepada penasihat servis Nissan yang lain di Malaysia. Kami akan terus menambah baik kemahiran dan keupayaan pakar servis dan menyediakan pelanggan dengan sokongan selepas jualan serta servis yang konsisten,” kata Ketua Selepas Jualan TCEAS, Michael Yao Tsu-Wei.

 

Kempen Servis Penggantian Inflator Beg Udara Takata

 

TCEAS bersama Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ingin mengingatkan kembali tentang kempen servis penggantian inflator beg udara Takata.

Pemilik kenderaan Nissan yang terlibat dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji mengantikan inflator beg udara Takata. TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Ini sekali gus memudahkan pelanggan untuk melakukan servis kenderaan pada hujung minggu selain meningkatkan kapasiti aktiviti penggantian. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma.

 

TCEAS dan ETCM ingin menyatakan sekali lagi bahawa keyakinan dan ketenangan minda pelanggan menjadi aspek keutamaan. Kami komited terhadap aspek keselamatan, servis dan kepuasan pelanggan berada pada tahap paling tinggi serta berusaha untuk menangani masalah ini dengan pantas.

 

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma: 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti oleh ‘Recall Campaign’) untuk mengetahui sama ada kenderaan Nissan anda terlibat dalam kempen ini atau sebaliknya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…