Tambakan runtuh - ANIH baiki selepas siasatan selesai

oleh HEZERI SAMSURI|
ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan membaiki runtuhan tambakan untuk projek tebatan banjir LPT 1 di km 118.2 hingga 117.8 arah ke Kuala Lumpur sebaik sahaja penyiasatan tapak selesai secara keseluruhan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau secara visual sebarang pergerakan.

Sehingga jam 6 pm tadi, penandap enapan (settlement marker) yang diletakkan di lokasi kejadian menunjukan tiada pergerakan baharu terjadi.

ANIH dan pihak perunding mereka sedang menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 

 

Siasatan awal mendapati ada resapan air bawah tanah di tapak projek berkenaan yang menyebabkan runtuhan cerun tambak (fill slope) di antara KM118.2 ke KM117.8 yang melibatkan lorong kecemasan dan sebahagian lorong perlahan. 

Kejadian tersebut yang berlaku petang semalam menyebabkan kesesakan yang teruk, ditambah dengan jumlah trafik hujung minggu yang tinggi.

Untuk informasi terkini, pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia). 

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT - Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800- 88- 7752.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…
Informasi
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan…