Alexander - Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari ciapan X Alexander Nanta Linggi
Kejadian mendapan tanah di Kilometer 118.2 sehingga 117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menghala ke ibu negara dipercayai berpunca akibat runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.

Justeru itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi memberitahu, beliau telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak berkaitan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan segera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain pemantauan di kawasan mendapan bagi mengenal pasti kemungkinan risiko mendapan lain," katanya dalam ciapan X, pada Ahad.

Selain itu, Alexander meminta LLM untuk sentiasa memantau pelan kontigensi atau mitigasi yang dilaksana di laluan mendap bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengelak daripada melalui laluan itu buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Media melaporkan kejadian mendapan sepanjang kira-kira 400 meter tersebut menyaksikan banyak berlaku lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan.

Sementara itu, menurut kenyataan LPT1, susulan kejadian pihaknya menutup lorong kiri dan kecemasan di kawasan terbabit.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…
Informasi
"Hari ini (Rabu), saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan…
Informasi
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan…