Jalan mendap - LPT1 aktifkan laluan kontra

oleh Penyumbang Rencana|
Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.


Anih Berhad melalui Facebook rasminya memaklumkan, lorong kiri dan kecemasan di sepanjang laluan terbabit kini ditutup susulan kejadian terbabit.

Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, ANIH Berhad menutup lorong kecemasan dan kiri laluan itu dan mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4.

Menurut pengendali lebuh raya itu, kejadian jalan mendap terbabit dikesan awal pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun pihaknya memaklumkan keadaan trafik lancar di lokasi terbabit, namun pemandu dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, kebiasananya kira-kira 41,000 kenderaan menggunakan LPT1 setiap hari tetapi jumlah itu…
Berita Domestik
"Kami memang sudah lama bersedia untuk memperkenalkan RFID di LPT, seperti apa yang kami lakukan…
Berita Domestik
Sebanyak 31 kenderaan terlibat dalam kejadian terbabit di Kilometer 84.5 (arah timur, Karak-…