Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari muka buku ANIH
Laluan arah Timur di Kilometer 124 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) iaitu Lanchang ke Temerloh dekat sini, akan ditutup dan dilencongkan bermula Isnin depan (16 Okt) hingga Mac 2024.

Pemegang konsesi LPT1 ANIH Berhad menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan di laluan menghala ke Kuantan itu, bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir di lokasi terlibat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.

ANIH Berhad menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi untuk keselamatan.

Pengguna juga boleh mendapatkan informasi terkini di saluran ANIH TV atau media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan X (@LPTTrafik), serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di X (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) atau hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752, jika berlaku kecemasan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…
Informasi
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan…