Tahukah anda, dulu Mitsubishi hampir menyertai Group B WRC?

oleh Mohamad Hanif|
Keghairahan mengejar kelajuan yang ditunjukkan oleh jagoan rali Group B seperti Audi Quattro, Lancia 037 dan Ford RS200 turut menarik sebuah lagi kuasa besar rali pada masa itu, Mitsubishi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut gambar yang diperoleh laman web AutoExpress UK, Mitsubishi pada ketika itu mempertimbangkan untuk memberikan cabaran sengit menggunakan jentera Starion 4WD.

Malah, mereka juga dikatakan serius untuk membina 200 contoh jentera homologasi jalanan mengikut regulasi yang ditetapkan untuk menyertai rali Group B.

 


Mitsubishi Starion 4WD dibangunkan oleh pasukan Ralliart UK dibawah pengawasan bekas pelumba Andrew Cowan dan input daripada bekas juruteknik Audi, Alan Wilkinson.

Tidak seperti versi produksi yang hadir dengan enjin 2.0 liter, jentera rali Starion 4WD didatangkan dengan enjin 2,140 cc yang berupaya untuk menjana sehingga 350 hp.

Dengan penggunaan bahan ringan seperti gentian karbon dan kevlar, berat badan keseluruhan hanyalah sekitar 1,000 kg sahaja!

 


Apa yang membezakan Starion 4WD dengan versi produksi pacuan roda belakang adalah penggantian lampu jenis pop-up kepada lampu kekal empat bulatan, sekaligus menjadikan jarak overhang hadapan dipendekkan bagi membantu pengagihan berat badan yang lebih baik.

Sayang sekali, kita tidak dapat melihat kelibat jentera Starion 4WD ini beraksi disebabkan pembatalan kelas perlumbaan Group B yang memaksa projek Starion ini terpaksa dihentikan.

Namun, hasil pembangunan Starion 4WD ini tidak disia-siakan apabila Mitsubishi dan pasukan Ralliart mencurahkan segala pengalaman mereka untuk membangunkan sebuah pencabar baharu di dalam Group A - Mitsubishi Galant VR-4.

 


Bermula dari situ, ia merupakan titik permulaan kepada Mitsubish untuk meraih kemenangan pertama di dalam WRC sebelum mencipta sejarah yang tersendiri di dalam persada WRC menerusi lagenda rali terkenal, Tommi Makkinen.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…