Syafiq Ali juara Kelas Super Sporting di Batu Kawan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemandu M7 Racing Team, Syafiq Ali menjuarai perlumbaan kedua dalam pusingan ketiga Toyota Vios Challenge di Stadium Batu Kawan siang tadi.

Syafiq yang mendahului dari awal di hadapan Brendan Paul Anthony dari Team Dream Chaser dan Keifli Othman dari Team Nanoplus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketiga-tiga pelumba itu sebenarnya terselamat dari kemalangan di Selekoh 1 yang mengakibatkan hampir kesemua pelumba lain kecuali mereka.

Syafiq berada dua saat di hadapan Brendon sehingga ke garisan penamat sementara Keifli pula sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi untuk mengutip mata dalam perlumbaan di Pulau Pinang itu.

 

 

Ini ialah kerana kemalangan yang berlaku semasa sesi kelayakan dan terpaksa menggantikan tayar. Ini menjadikan Keifli hanya mempunyai bekalan tayar yang terhad.

"Kami mengambil risiko untuk tidak menggunakan tayar baharu kerana jika tidak, saya terpaksa memulakan perlumbaan dari belakang grid," ujar Keifli.

Percaturan beliau nyata membuahkan hasil apabila Keifli berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

 

 

Untuk kelas Sporting pula, Jakson Tan memenangi perlumbaan tersebut setelah diasak hebat oleh Kenneth Koh di tempat kedua dan Datuk Ken Foo di tempat ketiga.

Tan sebenarnya ialah pemandu gantian untuk pasukannya dan berjaya mencuri tempat pertama dari posisi kedua semasa permulaan perlumbaan.

Kenneth Koh pula memulakan perlumbaan di tempat yang ke-14  tetapi berjaya memotong satu demi satu untuk menghabiskan perlumbaan di petak kedua.

 

 

Ternyata perlumbaan Kelas Sporting adalah sesi paling menarik sepanjang hujung minggu ini.

Perlumbaan pusingan keempat dan terakhir untuk Toyota Vios Challenge akan berlangsung pada 27-28 April di Litar Antarabangsa Sepang.

KELAS SPORTING 
1. Jakson Tan                      Revo Technik Malaysia
2. Kenneth Koh                   Panglima City Racing Team
3. Dato’ Ken Foo                  Kulim Top Wheels
4. Eric Yong                          ST Wangan Racing Team
5. Lim Chun Beng                Team Fokus Tetap

KELAS SUPER SPORTING 
1. Syafiq Ali                          M7 Racing Team
2. Brendan Paul Anthony     Dream Chaser
3. Keifli Othman                   Team Nanoplus
4. Kenny Lee                        Kegani Racing
5. William Ho                        Kegani Racing

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…