Impian bos baharu Gazoo Racing - hidupkan semula Toyota Starlet!

oleh Mohamad Hanif|
Setiap insan yang memegang pucuk pimpinan divisyen Toyota Gazoo Racing mempunyai sasaran dan impian yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai impian untuk menghidupkan semula nama Celica.

Penggantinya, Tomoya Takahashi, 45 tahun juga mempunyai impian di mana menurut laporan terbaharu daripada Best Car Web, adalah menjadi impian beliau untuk melihat Toyota Starlet hidup semula dalam era moden.

Jelasnya lagi, impian untuk menghidupkan semula Starlet hanyalah sekadar kehendak peribadi, dan bukannya arah tuju sebenar yang bakal dibawakan pada Gazoo Racing.  
 

starlet


Takahashi sebelum ini pernah memiliki tiga buah Starlet yang berbeza, iaitu EP82 Starlet chuuki, EP82 Starlet kouki, dan EP91 Starlet.

Beliau juga turut percaya elemen keringanan perlu wujud pada kereta berprestasi.

“Sekiranya anda mahu kereta bergerak pantas pada garis lurus, anda boleh meletakkan enjin (bersesaran) besar, namun ia akan membuatkannya lebih berat. Sebuah kereta yang berat dan tidak boleh membelok adalah tidak seronok untuk dipandu.

“Sebuah kereta yang ringan adalah yang terbaik, jadi kami amat mementingkan pembuatan kereta yang ringan.
 

star;et


“Biarpun di bawah situasi semasa di mana agak sukar untuk membuat kereta yang ringan disebabkan faktor keselamatan, kami pengeluar kereta percaya dengan membuat kereta yang ringan merupakan cara terbaik untuk menunjukkan kemahiran kami.

Takahashi juga menjelaskan aspek responsif ini tidak seharusnya dihadkan pada kereta sports, beliau mahukan kereta-kereta GR mempunyai pengendalian yang tajam bukan sahaja pada kelajuan tinggi, akan tetapi pada kelajuan rendah dalam pemanduan bandar.

Untuk model-model GR sedia ada, Takahashi mahukan setiap model tersebut kekal malar segar dan diberikan penambahbaikan berdasarkan penglibatan mereka di dalam acara perlumbaan dan juga rali.
 

starlet


Satu perkara menarik yang diberitahu oleh Takahashi berhubung bekas CEO Toyota, Akio Toyoda di mana tatkala beliau diamanahkan untuk memimpin Toyota Gazoo Racing, Akio Toyota memberikan sebaris ayat berikut:

“Sila bina sebuah kereta yang mampu membuatkan saya tersenyum.”

Sumber: Best Car 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…