Mahu Toyota GR Corolla nampak rendah? TGR tawar pegas gegelung dan penyerap hentak berprestasi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aksesori TGR untuk Toyota GR Corolla 2024
Aksesori TGR untuk Toyota GR Corolla 2024
Di dalam keadaan standard, jarak kelegaan bumi Toyota GR Corolla 2024 berukuran 5.3 inci. Mahu nampak lagi rendah? 

TOYOTA GAZOO Racing (TGR) tawarkan beberapa aksesori untuk pelanggan di Amerika Syarikat seperti pegas gegelung rendah dan penyerap hentak berprestasi.

TGR tidak maklumkan ukuran baharu kecuali gaya lebih rendah dan kebiasaannya akan mempengaruhi jarak membrek dan menjadikan pemanduan lebih tegar.

TGR juga menawarkan pilihan lain seperti sayap belakang untuk GR Corolla Core dan Premium. Selain pengenalan aksesori TGR memperbaharui GR Corolla untuk model 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aksesori TGR untuk Toyota GR Corolla 2024

 

GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap. 

Rim aluminium 18 inci BBS® dijadikan ciri asas dan sama seperti MORIZO Edition 2023.

Satu lagi berita besar ialah pengenalan GR Corolla Premium Grade.

Varian terbaru itu dilengkapi Performance Package seperti pembeza gelinciran terhad (LSD) Torsen® depan dan belakang yang membantu pengendalian.

 

Toyota GR Corolla Premium Grade 2024

 

LSD memainkan peranan dengan memisahkan kuasa di antara gandar kanan dan kiri.

Kereta dapat memanfaatkan cengkaman maksimum dengan sistem menghantar lebih banyak daya kilas pada roda luar di selekoh.

Selain itu, GR Corolla Premium dilengkapi saluran penyejukan brek sebagai ciri standard bagi meminimumkan pudar brek (brake fade).

Tidak hanya aspek mekanikal, TGR melengkapi varian ini dengan balutan Brin Naub®, kerusi dan stereng yang mempunyai fungsi pemanas.

 

Toyota GR Corolla Premium Grade 2024

 

Juga dilengkapi sistem bunyi audio JBL Premium Audio dengan lapan pembesar suara, pengecas tanpa wayar dan sensor parkir depan dan belakang.

Ada tiga warna ditawarkan iaitu Ice Cap, Heavy Metal, Black dan Supersonic Red yang turut menyerlah dengan angkup brek GR merah.

Seperkara yang perlu diketahui, GR Corolla 2024 berbeza dengan model sebelum ini. Apa yang ditukar? Di antaranya bolt pengikat!

Ya saudara dan saudari, bolt GR Corolla 2024 tidak sama. Kepala bolt anggota silang depan (cross member) dan kotak gear stereng mempunyai corak baharu.

 

​Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024

 

Kepala bolt suspensi belakang pula lebih besar atau bertambah 2 milimeter (mm) daripada 22 mm. Hasilnya dirasai pada tindak balas stereng dan pemanduan di laluan lurus.

Turut diperbaharui pendawaian bumi, penambahan kepingan aluminium pada bampar depan dan belakang dan pengubahsuaian pada saluran udara depan.

Ketiga-tiga varian GR Corolla digerakkan enjin G16E-GTS 1.6 liter turbo tiga silinder dengan transmisi enam kelajuan dan pacuan semua roda GR FOUR.

Enjin itu menghasilkan 300 kuasa kuda (hp) pada 6,500 rpm dan tork 370Nm dari 3,000 hingga 5,500 rpm.

 

Toyota GR Corolla Core 2024

 

Dengan kadar galak (boost) maksimum 25.2 PSI, pecutan 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) dicapai dalam 4.99 saat. Kelajuan maksimum dihadkan kepada 230 km/j.

Ada tiga varian ditawarkan kepada pelanggan di AS iaitu GR Corolla Core berharga AS$36,100 (RM169,965) dan AS$39,920.00 (RM187,945) untuk Premium.

Varian Circuit Edition pula berharga AS$44,740 (RM210,637).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota GR Corolla Core 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…