Supra 35th Anniversary Edition - 35 unit, pembelian menerusi cabutan bertuah di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-35 pelancaran model kereta sports pacuan roda belakang Supra, Toyota bakal melancarkan sebuah model khas GR Supra 35th Anniversary untuk pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenapa 35 tahun? Ini kerana pada tahun 1986, Toyota akhirnya memisahkan generasi kereta sports Celica Supra kepada dua model yang berbeza, di mana Supra mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang (Supra A70), manakala Celica pula menggunakan platform T dengan pacuan roda hadapan.
 

Supra


Toyota GR Supra 35th Anniversary Edition ini bakal ditawarkan dalam dua versi enjin, iaitu enjin empat silinder sebaris 2.0 liter (varian SZ-R) atau enjin enam silinder sebaris 3.0 liter (varian RZ).

Versi RZ 35th Anniversary Edition bakal menampilkan warna Matte Storm Gray metallic, serta tempat duduk balutan kulit, manakala versi SZ-R 35th Anniversary Edition pula ditawarkan dengan sistem brek sport bersama angkup merah, pelindung cermin sisi matte black, tempat duduk balutan Alcantara serta pedal sport.
 

Supra


Kedua-dua model akan dipasangkan dengan rim aluminium tempa bersaiz 19 inci berwarna matte black, sementara bahagian papan pemuka pula menampilkan hiasan gentian karbon "35th Anniversary".

GR Supra edisi ulang tahun yang ke-35 ini hanya akan ditawarkan dalam 35 unit sahaja, dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan yang disediakan antara 6 Ogos hingga 31 Ogos ini.
 

Supra


Namun, hanya 35 orang pembeli di Jepun hanya akan dipilih menerusi cabutan bertuah yang akan dibuat pada 7 September ini.

Harga jualan bermula dari  ¥6,535,000 (RM250,122) untuk Supra SZ-R 35th Anniversary Edition manakala Supra RZ 35th Anniversary Edition pula dijual pada harga ¥7,835,000 (RM299,878).

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Unit yang anda lihat di dalam artikel ini bukanlah unit produksi Reventon sebenar, sebaliknya '…
Berita Global
Seorang pemilik Toyota Supra 1989, Leiz terpaksa menjual kereta sports yang dimiliknya sejak tahun…