Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini tidak tersedia buat masa ini.
Toyota mengesahkan mereka telah pun mencapai peruntukan maksimum untuk tempahan GR Supra pada tahun ini, namun keputusan untuk menawarkan semula model tersebut belum lagi dimuktamadkan.
Ini bermakna, Toyota GR86 kini merupakan satu-satunya kereta sport Toyota yang masih lagi dijual di UK, di mana tempahan telah pun dibuka kembali disebabkan oleh permintaan yang tinggi.
Berita ini dilihat bakal mengecewakan para peminat GR Supra di UK, memandangkan Toyota kini sedang menguji sebuah varian berprestasi tinggi yang digelar sebagai Supra GRMN.
Model yang dikesan di Litar Nurburgring itu dipercayai meminjam nadi 3.0 liter turbo berkembar daripada BMW M2, dengan hamburan kuasa sekurang-kurangnya 453 hp.
Sumber: Autocar