Unit yang anda lihat di dalam artikel ini bukanlah unit produksi Reventon sebenar, sebaliknya 'Reventon' palsu ini sebenarnya merupakan sebuah Toyota Supra A70 tahun 1990 yang muncul di laman web Markplaats di Netherlands.

Dengan harga yang diminta serendah €19,950 (RM92,845), ia sudah tentu agak mahal untuk sebuah Supra tahun 90-an yang telah dipakaikan dengan baju 'Reventon' ini.
Selain daripada panel badan Reventon celup yang agresif depan, sisi dan juga belakang, pemilik asal Supra A70 ini turut melayangkan warna matte grey, namun ia bukanlah warna yang sama seperti yang digunakan pada Lamborghini Reventon asal.

Di bahagian belakang, tiada sebarang enjin yang dimuatkan, namun kereta ini turut didatangkan dengan pelindung enjin palsu.
Dari segi kuasa, ia masih lagi mengekalkan nadi 7M-GTE enam silinder sebaris 3.0 liter asal Supra yang mampu menjana kuasa setinggi 238 hp/344 Nm dan dipadankan dengan transmisi manual.
Sumber: Markplaats