Sudah jatuh ditimpa tangga: Nissan saman Ghosn US$95 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Bekas pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah disaman hari Jumaat lalu oleh Nissan sendiri.

Saman bernilai 10 billion yen atau US$95 juta itu adalah antara polisi Nissan yang mahu Ghosn bertanggung-jawab di atas kerugian syarikat itu selama ini kerana salah laku beliau.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ghosn, yang juga merupakan bekas pengerusi Renault, kini berada di Lebanon sejak Januari lalu setelah beliau melarikan diri sebelum perbicaraan akan kesnya bermula di Jepun.

Kerajaan Jepun menahan Ghosn dua tahun lalu dan dituduh menyorok pendapatannya sebanyak 9.3 billion yen (US$88.6 juta), menggunakan wang sebanyak US$5 juta melalui pembayaran Nissan kepada sebuah pengedar kenderaan di Timur Tengah dan memindahkan kerugian peribadi beliau kepada akaun syarikat Nissan.

Ghosn tidak mengaku bersalah.

Bekas eksekutif Nissan, Greg Kelly pula dituduh membantu Ghosn dalam menyorok pendapatan sampingannya itu. Kelly tidak mengaku bersalah dan sedang dibicarakan di sebuah mahkamah di Tokyo.

*Sumber berita: Reuters


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Komitmen tersebut disertakan pelaburan puluhan juta euro di dalam reka bentuk serta…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…