Subaru sumbang 32 unit Forester, Crosstek untuk pasukan penyelamat pantai Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Selain berazam untuk mencapai sifar kematian kemalangan jalan raya menjelang 2030, Subaru juga tidak mahu ada di kalangan rakyat Jepun yang terlibat di dalam kemalangan di kawasan pantai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA) untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti menyelamat di pantai Jepun.
 

JLA


Untuk tahun ini, sebanyak 32 unit kereta Subaru Forester dan Crosstrek telah disediakan oleh Subaru untuk tujuan pemantauan dan tugas menyelamat.

 


Kesemua kenderaan tersebut dilengkapi dengan grafik pasukan penyelamat berwarna merah dan kuning, emblem JLA pada bonet, rak bumbung Thule yang digunakan untuk meletakkan papan luncur air dan kelengkapan menyelamat lain.
 

JLA


Untuk ruang kabin pula, ia telah dipasangkan dengan pelindung tempat duduk kalis air, sementara alas lantai dan ruang kargo pula didatangkan dengan rekaan yang mudah untuk dibersihkan daripada kotoran pasir.

 


Paling penting, setiap kenderaan Subaru tersebut dilengkapi dengan alat AED (Automated External Defibrillator) untuk membantu menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara tiba-tiba.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…