Honda Goldwing antara 480 ribu dipanggil semula di Jepun, masalah pada pam bahan api Denso

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 480,000 unit kenderaan telah dipanggil semula di Jepun disebabkan oleh kecacatan pada pam bahan api buatan Denso.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api bertekanan rendah yang berubah bentuk, dan boleh menyebabkan operasi enjin terhenti sewaktu pemanduan.

Kes panggil semula ini melibatkan sebanyak 481,827 unit kenderaan dari enam pengeluar berbeza, termasuklah dua pengeluar motosikal iaitu Honda dan Yamaha.

Sebagai langkah penambahbaikan, pihak pengeluar akan menggantikan unit pam bahan api yang bermasalah kepada unit baharu.
 

subaru


Menurut info daripada laman web Response JP, antara model yang terjejas adalah seperti berikut:

Subaru - XV, Forester, Impreza, Levorg, Legacy, WRX, BRZ & 86
Mazda - Demio, Axela, Atenza, CX-3, CX-5, CX-8, CX-30, Biante, Premacy, Nissan Lafesta, Abarth 124 Spider
Suzuki - Crosby, Jimny
Mitsubishi - Eclipse Cross, Outlander PHEV, Outlander
Honda - Goldwing, Goldwing Tour, CBR1000RR
Yamaha - XJR1300

Kebanyakan model yang disebutkan di atas itu diproduksikan antara tahun 2016 hingga tahun 2023, dan sebanyak 211 kes telah dikesan setakat ini tanpa melibatkan insiden kemalangan.

Sumber: Response JP

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, General Motors kini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 10,825 kabel…