Subaru Solterra 2024 Amerika Syarikat, cas lebih laju, ciri baharu, harga sama

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru Solterra 2024
Subaru Solterra 2024
Apabila bercakap tentang Subaru, dua perkara yang menjelma ialah enjin Boxer dan pacuan Symmetrical All-Wheel Drive.

Subaru juga sudah melangkah ke dunia kenderaan elektrik bateri (BEV) dengan memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Solterra pada 2022.

Tiada Boxer namun kekal dengan Symmetrical All-Wheel Drive melalui motor elektrik pada gandar depan dan belakang.

Memang benar, Solterra dijenamakan semula dari Toyota bZ4X namun kedua-dua pengeluar telah menjalin kerjasama sejak sekian lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Subaru Solterra 2024

 

Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik taraf kelengkapan dan menariknya harga kekal sama.

Pada bahagian dalam, stereng direka semula dengan bentuk rata pada bahagian atas dan bawah dan dilengkapi pedal daya pembrekan regeneratif.

Pelanggan ditawarkan skrin sentuh saiz 12.3 inci dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay® dan Android Auto™.

Terdapat lima slot pengecasan USB yang terdiri daripada dua USB-C dan satu USB-A untuk penumpang depan dan dua USB-C bagi penumpang belakang.

 

Subaru Solterra 2024

 

Rel bumbung dijadikan ciri asas dan sesuai untuk dipasang khemah. Rel itu mampu menampung beban sehingga 317.5 kilogram.

Kesemua varian Solterra dilengkapi sistem pacuan semua roda Dual-Function X-MODE® dengan mod Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud.

Turut dilengkapi Kawalan Cengkaman dan Bantuan Kawalan Penurunan Curam untuk prestasi yang lebih baik semasa memandu di dalam cengkaman rendah dan off-road.

Pemanduan off-road juga dibantu dengan jarak kelegaan bumi 8.3 inci.

 

Subaru Solterra 2024 - Amerika Syarikat

 

Lagi kelengkapan seperti Bantuan Selekoh Aktif dan Kawalan Penstabilan Kenderaan untuk kestabilan dan pengendalian di jalanan.

Solterra 2024 mempunyai keupayaan pengecas pantas lebih baik. Pengecasan tenaga elektrik dari 10 sehingga 80 peratus hanya perlu 35 minit.

Turut dilengkapi penunjuk kadar pengecasan yang memaparkan jangkaan masa pengecasan sehingga 80 atau 100 peratus.

Paparan tersebut membolehkan pengguna memanfaatkannya untuk melakukan kerja-kerja lain.

 

Subaru Solterra 2024 - Amerika Syarikat

 

Sistem penyejukan bateri yang dipertingkat membolehkan Solterra dicas pada suhu beku dengan lebih laju atau sehingga 80 minit lebih cepat di dalam keadaan tertentu.

Dari segi teknologi bantuan pemanduan, Solterra 2024 mendahului model Subaru lain dengan Subaru EyeSight® terkini.

Di antara fungsi baharu seperti pemanduan pada lorong tetap sehingga kelajuan 40 km/j hanya dengan pengawasan pemandu termasuk di dalam kesesakan jalan raya.

Solterra juga boleh menukar lorong berdasarkan arahan dengan menghidupkan lampu isyarat. 

 

Subaru Solterra 2024 - Amerika Syarikat

 

Penambahan fungsi Peringatan Lintasan Trafik depan pula memperingatkan pemandu tentang potensi pelanggaran di persimpangan.

Lagi kelengkapan baharu ialah Sistem Pencegahan Gangguan DriverFocus®.

Varian dan harga Subaru Solterra 2024: 

  • Solterra Premium: AS$44,995 (RM212,723)
  • Solterra Limited: AS$48,495 (RM229,270)
  • Solterra Touring: AS$51,995 (RM245,815)

 

Subaru Solterra 2024

 

Spesifikasi Subaru Solterra 2024:

  • Rangkaian kuasa elektrik StarDrive® dengan motor depan dan belakang
  • 80kW (x2) / 215 hp, 337.6Nm
  • Pek bateri litium-ion 96 sel, 72.8 kWj
  • Voltaj: 355.2v
  • Kapasiti: 201 ah
  • Tempoh pengecasan: L2 240V@32a (9 jam), DC 80% (35 minit)
  • Jarak pemanduan: 365.3 km (Premium), 357.2 km (Limited danTouring) / Anggaran EPA
  • Sistem Pembrekan Regeneratif dengan 4 mod kawalan pada stereng
  • Berat: 1,975 kg (Premium), 2,010 kg (Limited), 2,035 kg (Touring)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 
 
Subaru Solterra 2024