Jualan Subaru WRX pada 2023 meningkat tinggi di Amerika Syarikat, BRZ juga sama

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru WRX 2023
Subaru WRX 2023
Di dalam membicarakan tentang Subaru WRX, timbul kehairanan bagaimana sedan prestasi itu terus-menerus ditawarkan sejak 1992.

Sepanjang penawarannya WRX kekal dengan tiga ciri utama iaitu enjin Boxer, pacuan semua roda dan corong udara pada tukup enjin.

Walaupun tidak meninggalkan tiga ciri tersebut, Subaru berani dalam menguji kaji dengan menawarkan gaya badan sedan, wagon dan hatchback.

Bukan setakat gaya badan, nama pun ditukar dari Impreza kepada WRX berasingan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Subaru BRZ 2023

 

Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (SPT).

Pasaran sedan berprestasi tidak besar dan jika difikirkan sukar untuk terus kekal namun Subaru berjaya melakukannya.

Subaru sebenarnya menemui lubuk pelanggan yang sanggup menyokong WRX.

Pada 2023, sebanyak 24,681 unit WRX dijual di Amerika Syarikat. Angka itu melonjak 32 peratus daripada 18,662 unit pada 2022.

 

Subaru Outback 2023 Amerika Syarikat
Subaru Outback

 

Bukan sahaja WRX, BRZ juga disambut baik dengan jualan 4,188 unit atau peningkatan 25 peratus daripada 3,345 unit tahun sebelumnya.

Tiga dan empat ribu bukan besar namun angka yang baik untuk sebuah coupé.

Subaru baru sahaja memperkemaskan WRX untuk 2024 dan menawarkan empat varian iaitu Premium, Limited, TR dan GT.

Seperti biasa, WRX digerakkan enjin 2.4 liter Boxer dengan 271 kuasa kuda (hp) pada 5,600 rpm dan tork 350Nm dari 2,500 sehingga 5,200 rpm.

 

Subaru Crosstrek
Subaru Crosstrek

 

Enjin itu dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan yang dijadikan ciri asas pada semua varian kecuali GT dengan kotak gear SPT.

Turut dipadankan sistem semua roda Symmetrical All-Wheel Drive dan dilengkapi Active Torque Vectoring.

WRX TR tampil dengan perkakasan istimewa di antaranya kerusi depan Recaro® Performance Design, brek Brembo, rim aloi 19 inci dan tayar Bridgestone Potenza S007.

Subaru WRX 2024 ditawarkan dari AS$32,735 (RM151,702) sehingga AS$44,215 (RM204,907).

 

Subaru Forester
Subaru Forester 

 

Dari segi jualan keseluruhan 2023, Outback berada di kedudukan teratas dengan angka 161,814 unit (+10%) dan diikuti Crosstrek sebanyak 159,193 unit (+3%).

Forester di tempat ketiga dengan 152,566 unit (+34%). Satu-satunya kenderaan elektrik yang ditawarkan ialah Solterra dengan 8,872 unit atau lonjakan 865.4 peratus berbanding 2022.

Subaru berjaya meningkatkan jualan sebanyak 13.6 peratus kepada 632,086 unit pada 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Subaru Solterra
Subaru Solterra

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kotak gear manual enam kelajuan dijadikan ciri asas pada semua varian kecuali GT yang…
Berita Global
  Seperti yang dikatakan, apabila memegang nama STI pasti ada perkakasan istimewa.  Paling asas…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…