Subaru Forester STI Sport untuk pasaran Jepun, hadir dengan talaan suspensi sporti

oleh Mohamad Hanif|
Selepas setahun pengenalan model facelift Forester, Subaru Jepun kini melancarkan versi talaan yang lebih sporti tanpa melibatkan peningkatan kuasa enjin, dinamakan sebagai Forester STI Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan tetapan suspensi serba baharu.
 

Forester


Tetapan suspensi yang dimaksudkan itu merangkumi penggunaan peredam hadapan Hitachi Astemo SFRD yang ditala oleh pasukan STI, serta talaan unik pada peredam belakang.

Menurut Subaru, pengendalian Forester STI Sport ini kini mampu menyaingi pengendalian sebuah sedan sports biarpun dengan titik graviti yang masih tinggi.
 

Forester


Dari segi kuasa, Forester STI Sport mengekalkan nadi boxer 1.8 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 175 hp dan 300 Nm dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan Symmetrical AWD.

Rupa paras Forester ini diserikan dengan penggunaan logo STI berwarna merah pada gril dan pintu belakang, rim aluminium bersaiz 18 inci, serta kemasan hitam berkilat pada skid plate depan, liang bampar, cladding sisi, cermin sisi, diffuser belakang dan spoiler belakang.
 

Forester


Untuk ruang kabin pula didatangkan dengan upholsteri kulit Nappa dan kulit Bordeaux pada bahagian tempat duduk, panel pintu, konsol tengah dan papan pemuka, diselangi dengan jahitan merah dan dan elemen hitam piano. Tidak ketinggalan, elemen STI Sport pada bahagian panel meter instrumen.

Subaru Forester STI Sport dijadualkan pelancaran rasmi di Jepun pada 25 Ogos ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…
Berita Domestik
Tawaran tersebut hanya eksklusif kepada para pelanggan Maybank yang mahu mencari sebuah Subaru…