Promosi tahun baru, TC Subaru tawar rebat lebih RM36,999

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd mengumumkan pakej khas Tahun Baru serta promosi hebat untuk kedua-dua model Subaru Forester dan Subaru XV.

Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang dikhususkan untuk model unit tahun terpilih, serta pilihan warna termasuklah Horizon Blue Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Crystal Black Silica dan Sepia Bronze Metallic.

TC Subaru juga turut menawarkan promosi khas bernilai sehingga RM10,000 untuk Subaru XV.

Baru-baru ini, Subaru XV telah dikemaskini dengan penawaran rim yang direka semula bersaiz 17 inci, penambahan ciri SI-Drive dan X-Mode dua fungsi, rekaan bampar dan gril hadapan baharu, serta tempat duduk pemandu boleh laras lapan cara dengan fungsi memori.

Kedua-dua model tersebut didatangkan dengan jaminan menyeluruh selama lima tahun, serta pakej servis percuma tiga tahun.
 

TC


Dalam pada itu, TC Subaru turut prihatin terhadap mangsa bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022, pemilik Subaru yang terjejas boleh mendapatkan diskaun sehingga 25 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh di semua pusat servis sah Subaru di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mengapa sekarang terdapat golongan  yang ramai lebih berminat untuk membeli kereta terpakai…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Domestik
Untuk model terpilih, ETCM turut menawarkan pakej aksesori secara percuma bernilai sehingga RM10,…