TC Subaru lancar promosi Forester "Drive Now, Pay Later" bersama Maybank

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Subaru di Malaysia melancarkan kempen promosi khas "Drive Now, Pay Later" menerusi kolaborasi dengan Maybank.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran tersebut hanya eksklusif kepada para pelanggan Maybank yang mahu mencari sebuah Subaru Forester serba baharu bermula 15 Oktober hingga 31 Disember 2021.

Dengan harga jualan bermula dari RM163,788, Subaru Forester boleh didapati dalam enam varian iaitu:

  • Forester 2.0i-L GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S
  • Forester 2.0i-S GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition

Menerusi program ini, para pelanggan yang layak tidak perlu membayar bulanan selama 15 bulan setelah mendapat Subaru Forester baharu mereka.

Setiap Forester yang dibeli menerusi kempen ini layak untuk mendapat jaminan menyeluruh selama lima tahun, serta Subaru Eco Sterilising In-Cabin 3D Spray Service bernilai RM1,200 secara percuma yang mampu berkesan menghalau sehingga 99 peratus bakteria dan virus berbahaya.

Pelanggan yang membeli sebuah Forester baharu boleh menukar milik kenderaan lama menerusi program Special Trade-In Assist TC Subaru.

Promosi ini hanya terhad untuk sesetengah model, bergantung kepada ketersediaan stok.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…