Subaru America melancarkan Forester 2019 ketika pertunjukan New York International Auto Show baru-baru ini.
Generasi kelima SUV lagenda itu dibina menggunakan kerangka berdasarkan Subaru Global Platform yang lebih stabil, lebih seronok dipandu, lebih selamat, lebih selesa dan lebih senyap.
Forester itu akan datang dengan enjin 2.5 liter 182 hp Boxer dengan transmisi Lineartronic CVT.
Enjin itu dilengkapi dengan sistem pancitan terus (direct injection) dan nisbah mampatan yang lebih tinggi.
Seperti biasa, Forester ini menggunakan sistem Symmertical All-Wheel Drive (AWD).
Subaru turut memasang alat keselamatan EyeSight Driver Assist Technology untuk varian Forester di negara besar.