Subaru perkenal Forester GT Lite Edition - bermula dari RM163,788

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan berjenama Subaru di Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu yang dinamakan sebagai Subaru Forester GT Lite Edition untuk mereka yang mahukan sebuah SUV yang lebih ranggi dan sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru Forester GT Lite Edition ini tampil dengan penambahan seperti GT Full Body Kit dan GT Exhaust cutter.

 


Sementara di bahagian dalam kabin pula menampilkan sistem Display Audio bersaiz lapan inci yang turut memaparkan paparan 360 darjah Around View Monitor System.

Dari segi keselamatan, Subaru Forester GT Lite Edition ini datang dengan kelengkapan seperti tujuh beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan, cagak ISOFIX, rangka diperkukuh, mod pemanduan X-Mode, serta brek parkir elektronik dengan ciri Auto Hold.

 


Terdapat tujuh warna ditawarkan iaitu Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Horizon Blue Pearl, Sepia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Harga jualan pula bermula dari RM163,788 tidak termasuk insurans, dan sebagai perbandingan Subaru Forester GT Edition dengan teknologi EyeSight dijual pada harga dari RM177,788.

 

Subaru Forester GT Lite Edition (RM163,788)

 

Subaru Forester GT Edition EyeSight (RM177,788)