Subaru Forester 2025 - Enam Perkara Yang Patut Anda Tahu

oleh Mohamad Hanif|
Subaru akhirnya secara rasmi melancarkan generasi baharu SUV Forester bersempena dengan acara pameran LA Auto Show 2023.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, ia SUV sama yang anda lihat pada artikel yang kami telah muat naik beberapa hari lepas, di mana Forester baharu ini membawakan perubahan yang agak besar dari segi rupa paras luaran.

Tidak ketinggalan, ada juga beberapa penambahbaikan yang dibuat terhadap aspek mekanikal.

Berminat dengan Forester baharu, ini ialah enam perkara yang perlu anda tahu:

 

1. Generasi keenam masih kekal guna platform lama

forester


Tak semua kereta generasi baharu wajib guna platform baharu, jika pelantar sedia ada sudah lebih daripada memadai.

Forester 2025 masih mengekalkan pelantar Subaru Global Platform yang sama digunakan pada model terdahulu. 

Namun, Subaru telah mengukuhkan struktur casis di mana kerangka dalam menggunakan titik kimpalan dan perekat struktur yang lebih banyak.

Ini menjadikan casis Forester 2025 10 peratus lebih tegar, menjadikan pemanduan lebih mudah dikawal dan lebih senyap!

 

2. Kekal dengan enjin boxer 2.5 liter

forester


Selain platform, Forester juga turut mengekalkan nadi asal 2.5 liter dengan perubahan dari segi output di mana kuasa kini sekitar 180 hp (turun 2hp) namun daya kilas meningkat kepada 241 Nm (daripada 239 Nm).

Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan semua roda (Symmetrical AWD), dengan pecutan 0-100 km/j sekitar lapan saat.

Tidak ketinggalan, mod pemanduan X-Mode untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis keadaan pemanduan semasa.

 

3. Elemen rekaan adik beradik Subaru, dan pengaruh SUV Amerika

subaru


Untuk Forester baharu ini, ia banyak mengingatkan kita kepada reka bentuk Forester generasi pertama, terutama pada bahagian garis bahu dan rupa berkotak seakan sebuah wagon.

Rupa depan pula dilihat mengambil inspirasi daripada SUV Ascent (dan Ford Explorer), dengan struktur jeriji yang lebih lebar.
 

forester


Lampu belakang kini unit baharu yang lebih moden, di mana tiada lagi elemen rekaan sepit ketam seperti model terdahulu.

Perasan liang pada arka roda fender hadapan? Rekaan tersebut diambil daripada Subaru WRX.

Malah, sistem stereng elektrik Forester ini juga sebenarnya datang daripada sedan WRX!

 

4. Ruang kabin lebih moden

forester

 

Subaru Forester 2025 membawakan perkakasan seperti skrin kluster digital yang diapit paparan meter analog, skrin tengah bersaiz tujuh inci untuk model asas atau 11.6 inci untuk varian tertinggi, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta kawalan iklim yang diintegrasikan terus ke dalam skrin infohibur.

Reka bentuk roda stereng Forester ini adalah sama sahaja macam model terdahulu.

 

5. Ruang kargo lebih besar

Forester


Subaru tidak mendedahkan ukuran dimensi sebenar Forester 2025.

Namun, bakal pemilik Forester 2025 patut menarik nafas lega kerana SUV ini menawarkan ruang sebesar 838 liter di belakang tempat duduk baris kedua.

Ruang tersebut boleh dibesarkan sehingga 2,106 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

Bukaan pintu kargo kini berkuasa elektrik dengan penderia tendang, sementara ruang kargo pula ada menyediakan cagak untuk pelbagai jenis aksesori, termasuklah papan pembahagi ruang.

 

6. Ciri EyeSight ditambahbaik

forester


Untuk model Forester 2025, Subaru telah menambah baik ciri kelengkapan keselamatan EyeSight, di mana sistem kamera kini mempunyai sudut penglihatan yang lebih lebar.

Ia juga berkeupayaan untuk mengesan kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal dengan lebih pantas.