Street Fighter Malaysia Sentuhan Antazo Builder Filipina

oleh Arahman Crew|
Kerana cenderong kepada keunikan dan mahukan kelainan dari yang lain, Encik Mohammad Zaki Ayop '63 yang merupakan Pensyarah di universiti awam tempatan di Kuala Muda sanggup menjemput Mr. Kalel Krustoff Antazo (ANTAZO BUILDER CAINTA, RIZAL) dari Filipina terus kerumahnya untuk menghasilkan sebuah Modenas Pulsar NS200 kepada konsep Street Fighter.

"Saya memang suka modifikasi motosikal, saya sering mencari builder dalam laman sesawang, akhirnya saya menjumpai dia (Antazo) dari Youtube. Dan dari situ saya terus menghubungi beliau.. Pelekat KAWAZAKI tersebut saya letakkan sebagai keunikkan dan sesuai dengan nama saya" - ujar Encik Zaki yang berasal dari Jitra Kedah.

Minat ini turut dikongsi bersama anak lelakinya Abdul Mun'im yang baru saja menamatkan pengajian di UK, dan mereka merancang ingin membuat pelbagai lagi motosikal kustom di masa akan datang.

Kos untuk mengasilkan sebuah Street Fighter ini mencecah RM10,000 (termasuk tiket penerbangan dan penginapan mereka disini)

 

 

Kepada yang berminat, boleh hubungi:

Mr. Kalel Krustoff Antazo
ANTAZO BUILDERS
CAINTA, RIZAL, The Philippines.

www.facebook.com/antazobuilders
www.facebook.com/thelocadipfactory

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej Servis MODENAS bermula pada hari ini 18 Mei 2020 dan berlangsung sehingga 31 Julai 2020,…
Berita Domestik
Kempen yang bermula dari 2 Mei 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,…
Berita Domestik
Berikut merupakan pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan: Pusat Servis MODENAS Subang,…