Bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020, para pembeli kini boleh menikmati penjimatan bermula dari RM13,000 sehingga RM47,609 bergantung kepada model.
Senarai harga boleh dirujuk pada jadual di bawah:
Selain daripada itu, SDAP turut mengumumkan pelan pembiayaan baharu untuk Porsche Macan yang digelar sebagai Porsche 360 Financing+ yang merupakan tambahan kepada program pembiayaan 360 Financing sedia ada.
Pelan tambahan ini membolehkan pelanggan untuk mendapatkan opsyen pemilikan yang lebih fleksibel bermula dari tempoh 12 bulan sehingga 60 bulan, serta pembiayaan maksimum sehingga 90 peratus daripada nilai kenderaan.
Para pelanggan juga boleh memilih untuk memulangkan Porsche Macan dalam masa 12 bulan pertama pemilikan, atau menaiktaraf kepada sebuah model Porsche baharu tanpa perlu risau dengan nilai baki menerusi Assured Resale Value yang ditawarkan.