Volvo tiada perancangan turunkan harga EV

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu dikaitkan dengan pesaingnya Tesla, syarikat automotif Sweden Volvo tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menurunkan harga jualan model kenderaan elektrik mereka.

Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk menurunkan harga EV melihatkan kepada tahap permintaan yang tinggi terhadap EV Volvo.

"Kami tidak melihat (penurunan harga) pada ketika ini. Permintaan terhadap kenderaan elektrik bateri kami adalah yang tertinggi pernah kami saksikan, diikuti dengan tunggakan tempahan sedia ada. Kami tidak mempunyai niat untuk mengurangkan harga jualan.

Setakat tahun 2022, jualan bagi kenderaan elektrik (EV) adalah merangkumi 18 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Volvo, dengan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tahun terdahulu.
 

C40


Pada bulan Januari, Tesla mengumumkan pemotongan harga jualan bagi Model 3 dan Model Y di pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan China sehingga 30 peratus.

Ford turut mengikut langkah yang sama dengan menurunkan harga jualan EV mereka dengan purata penurunan sebanyak $4,500, diikuti dengan beberapa pengeluar EV di China.

Sementara itu, ketua eksekutif General Motors Mary Barra baru-baru ini menyatakan keyakinan dengan penawaran harga jualan mereka melihatkan kepada permintaan yang kukuh.

Wakil daripada jenama-jenama lain seperti BMW, Mercedes-Benz, Hyundai dan Volkswagen juga turut mengesahkan tiada sebarang pengurangan harga dirancang buat masa ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
"Adik" kepada Volvo EX90 ini disasarkan sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik kepada model…
Informasi
Penawaran sistem mild hybrid bukan lah suatu perkara baharu bagi jenama lain dalam industri…
Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…