KPDN kaji langkah selaras harga jualan motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengkaji langkah untuk menyelaraskan harga motosikal yang dijual di bandar dan luar bandar, lapor Harian Metro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata,  pihaknya juga sedang melihat syarat penjualan motosikal membabitkan bayaran secara tunai dan ansuran kepada pembeli agar tidak berlakunya manipulasi harga oleh pihak peniaga.

Tambahnya, pada masa ini KPDN tidak mengawal harga motosikal kerana kaedah perniagaan yang berbeza berbanding penjualan kereta.

Selain itu, KPDN akan sentiasa melaksanakan pemantauan berkala terhadap perbezaan harga jualan motosikal sama ada menerusi pembayaran tunai atau ansuran di pasaran, seperti menjalankan pemeriksaan di premis menjual, institusi kewangan dan pemberi kemudahan kredit.

Jelasnya, "sekiranya terdapat perbezaan antara harga motosikal secara pembelian tunai dan ansuran, tindakan penguatkuasaan akan diambil menerusi Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mengekang kesalahan berhubung gambaran mengelirukan mengenai harga.

Setakat ini, pihak KPDN telah menerima 13 aduan pada tahun 2021, tujuh aduan (2022) dan empat aduan (2023) berhubung penjual yang menawarkan harga motosikal yang tinggi.

Dalam tempoh yang sama, pihak kementerian telah mengambil tindakan ke atas 79 kes di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).

Berita penuh: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan…
Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Tindakan tegas akan diambil dengan kadar segera terhadap mana-mana kedai runcit yang didapati…