Lotus Malaysia umum harga baharu, Eletre dari RM698k, Emira dari RM1.095 juta

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Cars Malaysia selaku pemegang francais tunggal kenderaan Lotus di Malaysia telah mengemaskini harga jualan bagi SUV elektrik Lotus Eletre dan kereta sports Emira, berikutan perkembangan pertukaran matawang semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:

 

Lotuys


Eletre S - RM698,000 (+RM50,000)
Eletre R - RM838,000 (+RM40,000)

Harga jualan Eletre yang disenaraikan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi, sementara harga jualan varian asas Eletre hanya akan diumumkan kelak apabila ia dijangka muncul pada tahun 2025.
 

emira


Harga jualan baharu untuk Lotus Emira adalah seperti berikut:

Emira i4 First Edition - RM1,095,000 (+RM96,200)
Emira V6 First Edition Manual - RM1,289,000 (+RM83,200)
Emira V6 First Edition Auto - RM1,309,000 (+RM83,200)

Harga jualan Lotus Emira i4 First Edition berkuatkuasa bermula 1 September untuk semua tempahan baharu, sementara unit terhad dengan harga pengenalan RM998,800 adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Baca: Lotus Emira i4 First Edition
Baca: Lotus Emira 2023
Baca: Lotus Eletre 2023

 


Mereka yang berminat untuk melihat secara dekat kedua-dua model ini boleh mengunjungi Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 30 September 2023. Di sana, Eletre S berwarna kuning (Solar Yellow) dan Emira V6 berwarna merah (Magma Red) ada dipamerkan. Gayaan luaran dan dalaman Emira i4 adalah sama seperti varian V6.

Dibuka bermula 10am hingga 10pm setiap hari, bilik pameran itu menawarkan pengalaman tersendiri yang dibantu oleh Lotus Experts dan konfigurator yang membolehkan pelanggan menukar spesifikasi kereta mereka.

Bermula 1 Oktober 2023, Lotus Store di Pavilion Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi. Namun, para pelanggan dan peminat Lotus boleh pergi ke bilik pameran Lotus di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melihat Eletre dan Emira, selain berjumpa dengan Lotus Experts serta akses kepada konfigurator yang ada disediakan di sana.

Bilik pameran di Bukit Jelutong dibuka dari jam 9am hingga 5pm, Isnin hingga Jumaat dan 9am-40pm pada Sabtu dan Ahad.

Untuk pertanyaan atau temu janji dengan Lotus Experts, sila hubungi talian 016-6112388.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Harga tawaran itu sah untuk Emira dengan tahun buatan 2023, sebelum harga asalnya ditawarkan dari…
Berita Domestik
Merangkumi tempoh dua tahun, MoU tersebut bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk…
Pelancaran
Lotus Eletre bukan sahaja bertindak sebagai SUV pertama Lotus, ia juga turut merangkap kenderaan…