Siasatan video tular aksi bahaya kanak-kanak, ibu OKU ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan yang membahayakan kanak-kanak dalam kenderaan di atas jalan raya, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata, wanita berusia 46 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang ketika hadir bersama suaminya untuk memberi keterangan pada 4.50 petang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Hari ini, jam 11.15 pagi, satu laporan polis diterima berkaitan video tular 28 saat yang dipercayai berlaku di kawasan Jalan Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor itu dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok Sangeethadas_Familyalaparai.

"Dalam video itu menunjukkan tindakan berbahaya seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tingkap terbuka di sebelah pintu hadapan kiri pemandu sebuah kenderaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata wanita yang ditahan itu adalah ibu kanak-kanak di dalam kereta berkenaan dan kereta itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan lanjut mendapati tangkapan disahkan seorang OKU fizikal buta sebelah mata, manakala kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang tular di dalam video itu juga seorang kanak-kanak OKU," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Naazron menasihati ibu bapa dan masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak serta pengguna jalan raya yang lain dan lebih berhemah di jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Insp Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu video…
Berita Domestik
Pemandu itu memaklumkan kepada polis bahawa kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di…
Berita Domestik
Polis yang mengejar kenderaan itu menahan pemandu selepas suspek melanggar kereta lain di…