Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di Sepang.
Bagaimanapun, katanya, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai.
“Akibat terlalu lama tidak diambil di kedai itu, warga asing itu kemudian meminta untuk membeli motosikal itu dan pemiliknya bersetuju untuk menjualnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Wan Kamarul Azran berkata, pihak telah mengeluarkan saman kepada lelaki itu atas kesalahan menunggang tanpa lesen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.