Honda Civic rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari rakaman video
Tindakan cuba melarikan diri selepas pertengkaran dengan isteri menyebabkan suspek bertindak luar batasan apabila melanggar sebuah motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial pada Khamis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, seterusnya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Kata beliau, hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku pada Rabu jam 3.30 petang di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, dekat Rawang.

"Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

"Mangsa yang pada masa itu berada di tempat kejadian cuba menghalang pemandu kereta, namun dia telah dirempuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Noor Ariffin berkata, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian siku, tangan serta kaki.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

 

- bikin malu geng Civic sungguh! Hal rumahtangga settle elok-elok di rumah bukan pi langgar orang! -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Domestik
Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpang dirujuk ke Hospital Yan manakala…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap…