Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler bergerak atas lebuh raya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular dalam media sosial pada jam 12 tengah hari Jumaat berhubung kejadian itu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke arah Senai.

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut di belakang lori yang dipandunya.

"Pemandu terbabit hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemandu lori berumur 36 tahun itu kemudian hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan.

Seng Lee meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut untuk tampil memberi maklumat di IPD Kulai atay hubungi Pegawai Penyiasat ditalian 0167573507.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah…
Informasi
Beliau berkata ia melibatkan semua jenis saman yang dikeluarkan di seluruh negara kecuali kesalahan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.40 pagi, sebuah lori yang dipandu oleh…