Setelah tujuh tahun, akhirnya Lotus Evora 2014 ini berjaya dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Segmen kenderaan niche seperti kereta sports tidaklah semeriah kenderaan marhaen, di mana tidak semua berpeluang dan berwang untuk memiliki kenderaan-kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu contoh kenderaan tersebut adalah Lotus Evora 2014 di mana ia mengambil masa kira-kira tujuh tahun sebelum berjaya mendapatkan pemilik baharu.

Menurut laporan daripada Car and Driver, model Lotus Evora S 2014 ini pada asalnya memiliki tanda harga $90,000 (RM365,895) ketika mula memasuki pasaran, namun hari berganti hari, bulan bertukar bulan dan tahun berganti tahun, ia masih lagi kekal di lot parkir pengedar.

Sehinggalah pada satu hari, muncul seorang pembeli yang sebelum ini merupakan pemilik Elise dari Long Island, New York yang mendakwa berjaya membeli kereta berusia tujuh tahun itu pada harga $70,000 (RM284,585).

Untuk sebuah kereta berusia tujuh tahun, sudah pasti jaminan kilang telah pun tamat tempoh.

 


Apa yang lebih menyedihkan, kondisi tayar, minyak pelincir dan bateri adalah kekal seperti kondisi keluar kilang, di mana menurut pengedar tersebut, mereka terlebih mengisi tekanan udara bagi mengelakkan tayar menjadi reput, dan hanya menukar bendalir-bendalir lain kecuali minyak enjin sintetik.

Namun, mujur Evora 2014 ini sekali sekala dihidupkan enjin dan dipandu seketika, dan kebanyakan masa disimpan di dalam ruang storan dengan suhu dan tekanan yang terkawal.

Oleh sebab itu, jarak perbatuan masih lagi mencatatkan angka bawah 160 km!

Kenapa baharu sekarang kereta tersebut dijual?

 


Menurut pengurus besar pengedar Secor Lotus, ketika Evora masih baharu di pasaran, sesetengah pengedar mula melontarkan diskaun yang agak tinggi, dan beliau menganggap perbuatan tersebut merendah-rendahkan nilai eksklusif Lotus.

Tindakan beliau untuk tidak mengikut jejak langkah pengedar lain adalah sebagai tanda protes terhadap skema harga yang digunakan pada ketika itu.

Malah, beliau menyebut diskaun yang diberikan terhadap model Evora terakhir itu adalah sama nilai dengan apa yang dibuat oleh kebanyakan pengedar ketika Lotus Evora mula dijual pada tahun 2014.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan…
Berita Global
Serentak dengan itu, syarikat yang pernah dimiliki oleh Proton itu turut mengumumkan bakal…
Berita Global
Dan dalam satu kenyataan terbaharu, model tersebut merupakan sebuah sebuah model aras mula yang…