Lotus henti produksi Elise, Exige & Evora, model baharu menyusul tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Lotus dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan bakal memulakan produksi kereta sports baharu (kod nama Type 131) menjelang pertengahan tahun ini bertempat di kilang Hethel yang telah diperbaharui semula itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, syarikat yang pernah dimiliki oleh Proton itu turut mengumumkan bakal menghentikan produksi bagi tiga model kereta sports masa kini - Elise, Exige dan Evora pada tahun ini.

Ini bermakna, Lotus Type 131 bakal menjadi model pertama yang dilancarkan pada tahun ini, dan diikuti dengan dua buah model baharu berdasarkan satu gambar teaser yang diperlihatkan oleh Lotus.

Menurut laporan daripada Auto Express UK, model baharu Type 131 itu bakal menjadi sebuah kereta sports yang menggandingkan elemen daripada Evora dan Exige.

Dua lagi model baharu itu tidak diperincikan butirannya oleh Lotus, namun ketiga-tiga model baharu ini bakal menggunakan platform ringan serba baharu yang dibangunkan oleh Lotus.

 


Berdasarkan gambar teaser tunggal itu lagi, kesemua model baharu Lotus menjanjikan ciri yang unik, seperti contoh rekaan lampu hadapan yang tersendiri mengambil inspirasi daripada model Evija, fascia hadapan dengan bukaan yang besar, rekaan fender hadapan yang menonjol, serta ventilasi udara sisi di bahagian enjin yang diposisikan di bahagian belakang.

Menurut Phil Popham selaku CEO Lotus Cars menjelaskan, "tahun ini bakal menjadi satu tahun yang signifikan buat Lotus, dimulakan dengan kehadiran fasiliti baharu, kereta sports yang bakal memasuki produksi, serta tahap keberkesanan dan kualiti serba baharu yang bakal diperlihatkan tidak lama lagi.

Barisan model sedia ada Lotus sudah pun terlalu berusia, didahului oleh model Elise yang sudah pun diproduksikan semenjak tahun 1996, diikuti oleh Lotus Exige (2000) dan Evora (2008).

Daripada terus memperkenalkan versi penambahbaikan seperti yang selalu dilakukan sebelum ini, adalah lebih baik Lotus hadir dengan produk-produk baharu yang mampu menarik minat umum.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…