Ini mungkin kereta terakhir Lotus dengan nadi pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira sebulan yang lalu, kami pernah menyiarkan kelibat model ujian yang dikatakan model pengganti kepada Lotus Esprit yang berselindung di sebalik rangka luar Lotus Evora.

Dan dalam satu kenyataan terbaharu, model tersebut merupakan sebuah sebuah model aras mula yang akan diperkenalkan pada lewat tahun ini atau seawal tahun hadapan dan ia merupakan model terakhir Lotus yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.

Menurut CEO Phil Popham memberitahu Automotive News Europe, model ini dijangka memiliki tanda harga sekitar £55,000 sehingga £100,000 (RM260,903 - RM474,370 mengikut kadar pertukaran matawang semasa), sekaligus menjadi antara model Lotus paling mampu milik pada ketika ini.

Tambah beliau lagi, "fokus kami (pada masa kini) adalah kereta sports, namun kami fikir jenama ini memiliki potensi untuk meneroka segmen lain seperti contoh elektrifikasi (EV/hybrid) dan juga pemanduan autonomi, di mana kedua-duanya merupakan kepakaran Geely.

Tiada sebarang butiran lanjut diberikan berkenaan model terakhir Lotus ini namun beberapa laporan terdahulu mencadangkan ia bakal mengambil inspirasi daripada rekaan Evija serta ruang kabin yang cukup praktikal untuk digunakan sebagai kereta pemanduan seharian.

Sebelum ini, model ujian kereta terbaharu Lotus itu dikatakan merupakan pengganti kepada model Lotus Esprit dan dikuasakan oleh enjin V6 hibrid daripada Toyota yang mampu menjana kuasa sekitar 500 kuasa kuda.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti yang memiliki keluasan 12,300 meter persegi Hurricane Way itu akan menggabungkan jabatan…
Berita Global
Sedar tak sedar, usia Exige sudah pun menjangkau 20 tahun dan bersempena dengan itu, Lotus dengan…
Berita Global
Atas kertas, Lotus Evija didatangkan dengan empat buah motor elektrik yang menghasilkan kuasa…