Lotus Elise, Exige dan Evora ditamatkan, lebih 51 ribu unit dikeluarkan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lotus Evora, Elise dan Exige terakhir
Lotus Evora, Elise dan Exige terakhir
Trio model ikonik dari Lotus iaitu Elise, Exige dan Evora ditamatkan selepas berada di pasaran sejak lebih dua dekad lalu.

Sempena tamatnya pengeluaran, Lotus merakamkan gambar kenangan bersama individu yang terlibat dalam merekabentuk, kejuruteraan, pemasangan dan penjualan tiga model tersebut.

Dalam tempoh lebih 26 tahun, sebanyak 51,738 unit ketiga-tiga model tersebut dikeluarkan. 

Jumlah itu hampir separuh daripada pengeluaran Lotus sepanjang 73 tahun sejarahnya.

Selain mengeluarkan kereta sendiri, Lotus turut mengeluarkan 9,715 unit kereta kepada pelanggan luar seperti GM dan Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
The last Lotus Elise

 

Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan pemasangan kecil di Hethel bersama-sama Lotus Esprit.

Barisan pemasangan sekarang yang mula digunakan sejak tahun 2000 akan dibuka dan diganti dengan kemudahan pemasangan canggih model baharu Emira.

Pengeluaran penuh Emira akan dimulakan tahun depan selepas fasa prototaip dan ujian yang sedang berjalan selesai.

 

Lotus Emira

 

Untuk Emira, Lotus menggunakan kaedah pemasangan teknologi tinggi dan separa automatik membolehkan peningkatan kapasiti pengeluaran sehingga 5,000 unit setahun mengikut syif tunggal.

Unit terakhir Elise, Exige dan Exora tidak dijual dan disimpan sebagai koleksi warisan Lotus.

Model terakhir Elise ialah varian Sport 240 Final Edition berwarna kuning dengan nombor pengeluaran 35,124.

 

The last Lotus Exige

 

Exige dikeluarkan pada tahun 2000 dan unit terakhir ialah varian Cup 430 Final Edition dalam warna Heritage Racing Green yang merupakan unit pengeluaran 10,497.

Model terakhir Evora sejak tahun 2009 adalah varian GT430 Sport berwarna Dark Metallic Grey dengan nombor pengeluaran 6,117.

Elise dan Exige dibina dari platform kereta kecil Lotus dan Lotus menggunakan platform sama bagi mengeluarkan beberapa model seperti Opel Speedster / Vauxhall VX220 dan Tesla Roadster.

Sebanyak 7,200 unit dipasang untuk Opel dan Vauxhall dari tahun 2000 hingga 2005 dan 2,515 unit Tesla dari tahun 2007 hingga 2012.

Selain itu Lotus turut mengeluarkan model istimewa lain seperti Lotus 340R, Europa, 2-Eleven dan 3-Eleven yang menjadikan keseluruhan kereta dari platform kecil Lotus sebanyak 56,618 unit.

 

The last Lotus Evora

 

Di antara individu yang terlibat di dalam model '3E' ini ialah Russell Carr, Gavan Kershaw dan Richard Rackham.

Tamatnya era Elise, Exige dan Evora maka bermula pula sejarah model baharu seperti kereta hiper elektrik Evija.

Emira pula adalah model terakhir dengan enjin pembakaran dalaman dari Lotus manakala Type 132 adalah SUV elektrik pertama syarikat.

Terima kasih 3E! Awak sentiasa menarik perhatian dan idaman saya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lotus Evija

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…