Selepas 547 km, roda stereng Tesla Model 3 ini tercabut sendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Tesla boleh dianggap sebagai salah sebuah syarikat automotif yang paling mendahului zaman, malah mampu mengalahkan Toyota dan Volkswagen, hakikatnya syarikat pembuat kereta elektrik itu sebenarnya masih lagi muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, beberapa isu berkaitan seperti masalah kawalan kualiti serta kemasan yang tidak memuaskan hati banyak timbul dari para pelanggan yang menginginkan sebuah produk yang serba sempurna.

Isu seperti tingkap berkuasa mungkin sudah lali didengari oleh para pemilik kereta buatan nasional Malaysia, namun bagi pemilik Tesla Model 3, isu roda stereng tercabut mungkin satu igauan ngeri buat mereka.

 


Menurut pemilik, Jason T yang berasal dari Blackpool United Kingdom yang baharu sahaja memiliki Tesla Model 3 kira-kira sebulan yang lalu (dengan jarak perbatuan 547 km) mengadu roda stereng kereta elektriknya itu tercabut ketika sedang mengundurkan kereta ke jalan masuk rumahnya.

Pada hari kejadian, kereta tersebut telah pun dipandu sejauh 32 kilometer dan nasib Jason T amat baik kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku sepanjang perjalanan beliau.

Apa yang menyedihkan, Jason mengakui menunggu untuk memiliki sebuah Tesla selama hampir lapan tahun, hanya mengetahui kereta idamannya memiliki masalah kualiti yang tidak sepatutnya dihadapi oleh pemilik kenderaan baharu.

 


Masalah tersebut disedari dan dibaiki oleh Tesla sebelum memulangkan kereta tersebut kepada pemiliknya dengan roda stereng yang terpasang kemas.

Namun, menurut laporan daripada NY Post, Tesla mengesahkan bahawa roda stereng tersebut tercabut disebabkan ia tidak dipasang dengan kemas akibat penggunaan bolt yang tidak cukup panjang.

Tesla turut menjalankan siasatan tentang apa yang terjadi ketika fasa produksi model tersebut.

Kisah roda stereng tercabut bukanlah khusus kepada Tesla semata-mata, malah beberapa pengeluar utama dilaporkan menghadapi isu yang serupa.

Seperti contoh, Ford telah memanggil semula 1.4 juta kenderaan pada tahun 2018, diikuti oleh 44,000 unit Hyundai Santa Fe pada tahun yang sama disebabkan penggunaan bolt yang salah dan mampu menyebabkan roda stereng tercabut ketika sedang memandu.

Sumber: New York Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
Tidak ketinggalan, mereka juga merupakan pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics. Selain…