Masalah stereng kuasa, Nissan panggil kembali 20 ribu Versa, Kicks di US

oleh Mohamad Hanif|
Nissan memanggil kembali kira-kira 20,040 unit kenderaan di Amerika Syarikat yang dipasang antara tarikh 19 Julai hingga 27 September 2021.

Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada model seperti Nissan Kicks dan Nissan Versa (atau nama lainnya Nissan Almera).

Sekiranya masalah tersebut muncul sewaktu kereta dipandu, pemandu memerlukan lebih banyak usaha untuk mengendalikan kenderaan secara manual, terutama pada kelajuan rendah.
 

Versa


Nissan telah mula mengumpulkan bukti sejak Januari 2022 dan mengkaji kesan daripada kehilangan kuasa pada roda stereng dan usaha yang perlu dibuat oleh para pemandu.

Hasil siasatan mendapati terdapat titik kimpalan yang lemah pada terminal di dalam penderia kilasan yang mampu mengakibatkan terputusnya sambungan kimpalan terminal di dalam penderia kilas pada kolum stereng.

Selain daripada menghubungi para pemilik yang terjejas dan menggantikan komponen tersebut secara percuma, Nissan juga turut menjalankan pemeriksaan pra-penghantaran bagi memastikan model dengan sistem stereng bermasalah tidak dijual atau dihantar kepada pemilik.

Sebagai info, selain dipasang di kilang Sramut Prakan, Thailand dan Serendah, Malaysia, Nissan Almera juga turut dipasang di kilang Aguascalientes, Mexico untuk dipasarkan di Amerika Syarikat, Mexico dan juga Kanada.

Sumber: Consumer Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Menurut kenyataan daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), ia…
Berita Domestik
Terma recall ini bukanlah satu perkara baharu, dimana ianya telah wujud lama dalam industri…