Volkswagen dengar cakap pengguna, bakal kembalikan butang fizikal pada roda stereng

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen yang sebelum ini dikritik keras kerana memasang butang kawalan sensitif sentuhan pada roda stereng berjanji akan mengembalikan semula butang kawalan fizikal pada model facelift akan datang.

Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan pihaknya telah mendengar maklum balas daripada para pelanggan dan berjanji akan membuang fungsi tersebut daripada roda stereng.

"Kami sedang mengemaskini portfolio dan rekaan kami, serta mencipta kesederhanaan di dalam mengoperasikan kenderaan kami. Seperti contoh, kami membawakan kembali butang fungsi fizikal pada roda stereng. Itu yang pelanggan kami mahukan daripada VW.

Model pertama yang bakal menampilkan semula butang fizikal itu adalah Golf facelift yang akan muncul tahun 2023.
 

Golf 2023


Ini adalah berdasarkan kelibat model prototaip Golf yang dikesan oleh laman Motor1 pada hujung bulan lalu yang menampilkan unit skrin paparan tengah yang lebih besar, serta roda stereng yang membawakan kembali butang kawalan fizikal.

Bagi para pembaca Careta, anda suka ciri kawalan sensitif sentuhan atau lebih menggemari butang kawalan fizikal pada roda stereng?

Sumber: LinkedIn Thomas Schäfer, Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka Bentuk Luaran Baharu     Generasi kedua T-Roc menampilkan reka bentuk yang lebih ekspresif…
Uncategorized
  Syarikat juga bertindak sebagai pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Bugatti dan Rimac di…
Uncategorized
  ID.3 Pro S dengan kapasiti bateri bersih 77 kWj telah diuji sejauh lebih daripada 160,000…