Hyundai daftar paten baru, mahu letak skrin pada roda stereng

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai kini boleh dikatakan salah sebuah gergasi automotif yang mempunyai teknologi dan kepakaran yang tersendiri, bukan sekadar mempunyai EV, malah mereka juga turut membangunkan teknologi kenderaan hidrogen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak ketinggalan, mereka juga merupakan pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics.

Selain daripada itu, Hyundai juga turut mempunyai beberapa idea yang agak gila, dan salah satu paten yang terbaharu muncul menampilkan rekaan roda stereng yang dilengkapi dengan skrin paparan - sama macam roda stereng F1!
 

paten


Menurut laporan daripada CarBuzz, paten modul roda stereng terbaharu yang didaftarkan di Jerman itu dikatakan mampu menyelesaikan masalah halangan yang dihadapi oleh sesetengah pemandu untuk membaca informasi dari skrin paparan digital.

Dengan kedudukan skrin yang kini berada pada struktur roda stereng itu sendiri, ia mampu membolehkan pemandu membaca informasi dengan lebih jelas dan lebih dekat tanpa sebarang halangan daripada roda stereng.

Bagaimana pula dengan beg udara? Bukankah ia mampu 'memecahkan' skrin paparan sekaligus mencederakan pemandu?
 

paten


Menurut Hyundai, beg udara yang terpasang mampu terletus dengan sendiri tanpa mengakibatkan kerosakan terhadap skrin itu tadi.

Ini kerana pemasangan skrin paparan dan komponen beg udara adalah terasing dengan menggunakan cagak yang berbeza di dalam roda stereng.
 

hyundai
masih ingat rekaan stereng Hyundai dua tahun lalu?


Satu persoalan timbul. Bagaimana pula dengan aspek pemanduan sebenar jika skrin tersebut terletak pada roda stereng? Bukankah dengan konfigurasi baharu itu tumpuan pemandu akan menjadi lebih terganggu kerana mata perlu bergerak lebih jauh untuk membaca info seperti kelajuan atau baki minyak yang tersisa?

Pendaftaran paten ini bukanlah bermakna Hyundai akan terus mendatangkan ciri seumpama roda stereng F1 ini pada kereta-kereta penumpang.

Namun kereta-kereta pantas Hyundai N mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menampilkan penggunaan sebenar skrin stereng ini, terutama di dalam persekitaran yang lebih selamat, seperti contoh litar lumba.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
Setelah memperlihatkan beberapa keping gambar teaser April lalu, Lotus menambah lagi beberapa…