Sedan segmen C hibrid bakal menjadi produk pertama NNCP

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan berita yang dikeluarkan oleh The Edge Markets semalam, model pertama yang bakal lahir daripada projek Kereta Nasional ketiga atau NNCP berkemungkinan besar adalah sebuah sedan segmen C.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut AmInvestment Bank Research, prototaip sedan segmen C itu dikatakan bakal diperkenalkan pada Mac 2020 manakala pelancaran rasmi pula bakal mengambil masa kira-kira setahun selepas itu (Mac 2021).

"Kami percaya dengan tahap teknologi tempatan sedia ada, produk pertama NNCP tidak mungkin sebuah kereta elektrik.

"Sebaliknya, ia berkemungkinan besar sebuah sedan hibrid - kereta berenjin pembakaran dalaman dengan bantuan pecutan daripada motor elektrik. 

Namun, menurut pusat kajian itu lagi, memandangkan model pertama itu sebuah sedan segmen C, ia tidak akan dipasarkan secara massa sebaliknya mensasarkan pasaran niche.

Oleh sebab itu AmInvestment tidak menjangkakan NNCP akan menjadi saingan kepada jenama nasional tempatan sedia ada, Proton dan Perodua.

Sumber: The Edge
Gambar hiasan: Daihatsu DN F-Sedan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada…