Status dana RM20 juta untuk kereta nasional ketiga: Menteri kata 'tak tahu'

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu parlimen bahawa beliau secara peribadi tidak mengetahui status sebenar dana bernilai RM20 juta yang diperuntukkan untuk projek kereta nasional ketiga (NNCP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk projek mobiliti 'kereta terbang', namun kerajaan telah pun menjelaskan bahawa dana tersebut digunakan untuk NNCP.

"Saya tidak dapat memberitahu anda apa yang terjadi kepada dana tersebut, ini kerana sekiranya ia telah diperuntukkan, saya yakin kementerian telah pun menggunakannya dan memantau perkembangan semasa.

"Saya hanya boleh beritahu apa yang saya tahu, jadi sekiranya ada di antara anda (Ahli Parlimen) yang tahu, terima kasih," ujar beliau ketika sesi soal jawab di Parlimen.

 


November lalu, ketika kerajaan Malaysia masih di bawah pemerintahan Pakatan harapan, Kementerian Pembangunan Usahawan telah menafikan dakwaan dana RM20 juta yang diperuntukkan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) untuk tujuan pembangunan projek mobiliti udara.

Sebaliknya, dana yang diperuntukkan tersebut digunakan untuk tujuan inovasi, penyelidikan dan pembangunan bagi projek kereta nasional ketiga (NNCP) yang diterajui oleh DreamEDGE Sdn Bhd.

Laporan terdahulu turut memetik kenyataan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menyebut bahawa projek kereta nasional ketiga ini akan tetap diteruskan di bawah kerajaan baharu.

Sumber: MalayMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada…
Berita Domestik
Menurut analisa yang dikeluarkan oleh Affin Hwang Investment Bank Bhd berkata, DreamEdge selaku…