DreamEdge pamer prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga

oleh Mohamad Hanif|
DreamEdge dalam masa yang sama turut mempamerkan prototaip model pertama Projek Kereta Nasional ketiga, namun ia disembunyikan dengan baik di dalam kotak besar berdekatan dengan booth Modenas.

Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan teliti bagaimana rupa sebenar kereta tersebut. 

Dari pengamatan, model kereta baharu ini memiliki rekaan yang mengikut arus perdana, seperti penampilan jalur lampu nyalaan siang LED di hadapan, bentuk lampu yang tirus, dengan rekaan perumah lampu kabus menegak, kemungkinan besar adalah jenis LED.

Bumper hadapan juga turut ditampilan dengan elemen hiasan berwarna hitam kontras daripada warna badan matte. 
 


Manakala bahagian belakang sedan ini pula menyerupai sebuah model daripada jenama premium Jerman, terutama mimikan bentuk lampu yang agak serupa, serta terdapat jalur reflektor di bahagian bawah bumper. 

Setakat ini, tiada sebarang maklumat terperinci, cuma DreamEdge memberikan bayangan menerusi informasi diluar kotak pelindung menyatakan ia mempunyai bentuk yang moden dan futuristik, pemanduan yang menyeronokkan, pengendalian yang baik, mobiliti terhubung serta sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS). 
 


Sementara itu dalam satu sidang media, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa prototaip Projek Kereta Nasional ketiga sudah pun sedia, dan menunggu suntikan dana daripada pelabur untuk diteruskan di peringkat pasaran antarabangsa. 

Tun Mahathir juga turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan terlibat secara langsung di dalam projek ini, dan penglibatan pelabur swasta amat diperlukan untuk merealisasikan teknologi baharu di dalam projek ini. 

"Kita mempunyai kapasiti untuk menghasilkan, namun dana pelabur masih lagi diperlukan. Oleh sebab itu kita meminta sektor swasta untuk melabur dan memproduksikan kenderaan bukan sahaja untuk pasaran tempatan, akan tetapi pasaran luar juga," ujar beliau selepas pelancaran rasmi NAP 2020. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
  “Kami difahamkan bahawa konsep rekabentuk dan pembangunan kereta akan dilaksanakan oleh…
Berita Domestik
Menurut analisa yang dikeluarkan oleh Affin Hwang Investment Bank Bhd berkata, DreamEdge selaku…