Sedan & hatchback segmen C Mazda3 di Malaysia - harga dari RM140k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tinggal beberapa hari sahaja Mazda Malaysia akan melancarkan sedan dan hatchback generasi baharu Mazda3, setelah beberapa maklumat dan perincian tersebar di laman media sosial.

Sedan dan hatchback segmen C dari Mazda itu ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu 1.5 Sedan & Hatchback, 2.0 High Sedan dan varian premium 2.0 High Plus Sedan & Hatchback. 
 


Dari segi penawaran, varian paling asas didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 1.5 liter dengan 114 hp dan 150 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi auto enam nisbah kelajuan. 

Kesemua empat roda didatangkan dengan rim bersaiz 16 inci, serta lampu nyalaan siang jenis mentol, manakala ruang kabin pula menampilkan tempat duduk kemasan fabrik, dan tiada corong pendingin hawa didatangkan untuk penumpang baris kedua. 
 


Manakala varian paling tinggi kami lihat sebentar tadi didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menjana 162 hp dan 210 Nm yang digandingkan dengan transmisi auto enam nisbah kelajuan. 
 
Kelengkapan juga lebih mewah seperti rim aloi bersaiz 18 inci, lampu nyalaan siang jenis LED, bumbung suria dan upholsteri kulit menguasai ruang kabin dan tempat duduk.

Untuk keselesaan penumpang belakang, terdapat corong pendingin hawa disertakan. 
 


Dari segi harga jualan, unit yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini dijual pada harga seperti berikut:

Skyactiv-G 1.5L Sedan/Hatchback - RM139,770
Skyactiv-G 2.0L High Sedan - RM150,059
Skyactiv-G 2.0L High Plus Sedan/Hatchback - RM160,059

Perincian lanjut bakal menyusul pada hari pelancaran Mazda3 di Malaysia pada 17 Julai kelak. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…