"Ada syarikat tertentu terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sanggup memperjuangkan (usaha hijau ini).
"Kami berharap sasaran itu dapat dicapai untuk menyokong pembangunan industri EV tempatan,” katanya pada Siri 2 Invest Malaysia bertajuk ‘The Road to EV’ di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kerajaan telah menyediakan insentif cukai, status perintis serta bantuan kewangan untuk syarikat yang berminat membangunkan infrastruktur EV di negara ini.
Firma utama utiliti Tenaga Nasional Bhd menjangkakan pasaran EV berkembang kepada 18,000 terminal pengecasan untuk 524,409 kenderaan elektrik bateri di jalan raya menjelang 2030, dengan hasil elektrik tahunan berjumlah RM1.25 bilion.
Ini bersamaan dengan jangkaan 4.4 juta tan pengurangan pelepasan CO2, dengan mengambil kira bilangan enjin pembakaran dalaman yang setara yang tiada di jalan.
Sementara itu, semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, industri EV adalah bidang pertumbuhan yang menarik untuk Malaysia, menawarkan potensi besar bagi mencipta manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Beliau berkata Pasaran Karbon Sukarela (VCM) Bursa Malaysia, yang akan dilancarkan menjelang akhir 2022 melalui lelongan, akan melaksanakan peranan penting dalam menyokong industri yang boleh menjana kemajuan ekonomi dan perubahan alam sekitar.
"Saya amat menggesa korporat untuk menjadi antara peserta awal lelongan itu, untuk menunjukkan kepimpinan mereka dalam tindakan iklim,” katanya.
Abdul Wahid berkata, VCM memudahkan penemuan harga untuk produk baharu dengan berfungsi sebagai harga rujukan untuk perdagangan kredit karbon dan mewujudkan isyarat harga ketara untuk bakal pengeluar yang mahu memulakan projek kredit karbon domestik.
"Ekosistem yang baik adalah penting dengan kerajaan dan pemaju projek lain, institusi kewangan mempunyai peranan yang besar di sini -- pelaburan dalam projek yang betul adalah kunci untuk memacu bekalan kredit karbon yang mampan dan menjadikannya boleh diakses secara meluas,” katanya