MITI akan teliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025 seperti yang ditetapkan sebelum ini, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran awal itu yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama rakan kabinet akan melihat semula sama ada sasaran itu boleh dicapai ataupun tidak.

"Nampaknya target (sasaran) itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu kita tangani dan ia melibatkan banyak proses dan agensi seperti proses kelulusan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak-pihak lain," kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pelan langganan pascabayar pemilikan e-motosikal, di Petaling Jaya pada Selasa.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…