Timbalan Perdana Menteri: Pengusaha pengecasan EV mesti patuh syarat PBT, bomba

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengusaha industri pengecasan kenderaan elektrik (EV) perlu memastikan semua syarat pelesenan daripada Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk ketetapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dipatuhi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata agensi kerajaan yang terbabit diarahkan menyelaras dan memudahcara peraturan berkaitan termasuk berkaitan dengan hal pelesenan bagi memastikan pembangunan serta pengoperasian stesen pengecas EV di seluruh negara berjalan dengan lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kerajaan mengambil maklum akan cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak penyedia perkhidmatan pengecasan EV dan saya telah mengarahkan agensi berkaitan menyelaras dan memudahcara.

"Ini akan membantu menyokong pembangunan ekosistem EV secara holistik, tanpa menjejaskan aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa EV Kebangsaan (NEVSC) yang pertama bagi 2024 dipengerusikan untuk julung kalinya oleh Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Antara perkara yang telah dibincangkan dalam NEVSC ialah berkaitan usaha menambahbaik prosedur dan pelesenan stesen pengecas EV.

Menurut kenyataan itu, bagi menambah bilangan stesen pengecasan EV di lebuh raya, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju untuk memudahcara proses membangunkan stesen pengecas di sepanjang Lebuhraya PLUS.

Ia termasuklah mengenalpasti lokasi strategik di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah di Lebuhraya PLUS.

"Selain itu, kerajaan meminta agar pembekalan kuasa elektrik di lokasi pembangunan pengecasan EV yang diluluskan di R&R adalah sentiasa mencukupi dan pembangunan sub-stesen baharu disegerakan di lokasi yang diperlukan," kata MITI.

Mesyuarat juga dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) bahawa syarikat utiliti nasional itu sedang meneliti kaedah penyumberan bekalan tenaga dan penggunaan tenaga mengikut waktu untuk menggalakkan aktiviti pengecasan EV menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE).

Sementara itu, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain aktiviti pengecasan EV menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui, kerajaan juga menyambut baik cadangan untuk menggalakkan model perniagaan baharu bagi mengoptimumkan pengecasan EV pada waktu penggunaan grid yang rendah.

"Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Northport (Malaysia) Bhd telah membangkitkan isu berkaitan risiko keselamatan EV semasa pengendalian dalam aspek logistik.

"Oleh itu, mesyuarat bersetuju supaya garis panduan amalan baik berkenaan tatacara pengendalian EV semasa urusan logistik disediakan dalam tempoh enam bulan sebagai rujukan kepada industri," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…