Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri dan aksesori menarik yang bakal membuatkan para peminat BMW teruja.
Seperti contoh, kerangka luar keras yang menampilkan rekaan jeriji buah pinggang, logo dan lencana BMW M, jam analog kereta BMW M, alat pemampat udara, keychain khas dengan tujuh lencana yang boleh ditukar, serta buku sejarah khas jenama M.
Segala aksesori termasuk peranti pintar S23 Ultra itu akan disimpan dalam satu pakej pembungkusan khas yang mengambil inspirasi daripada BMW M3 E30.
Samsung juga turut mengubah suai antaramuka peranti pintar S23 Ultra itu supaya ia dapat memaparkan logo dan tema BMW M apabila ia dihidupkan.
Setiap pembelian peranti pintar edisi khas ini akan disekalikan dengan aplikasi keahlian BMW Vantage, serta baucar khas yang membolehkan mereka mendapat tips pemanduan daripada tenaga pengajar professional BMW Driving Center.
Harus diingat, hanya 1,000 unit sahaja Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition yang akan dihasilkan.
Harga jualan bermula dari KRW1,727,000 (~RM5,900) di mana peranti dengan RAM sebesar 12 GB serta storan 512 GB ini boleh ditempah menerusi syarikat telekomunikasi SK Telecom.