Eropah bakal wajibkan peranti anti-kelajuan pada kenderaan menjelang 2024

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesatuan Eropah (EU) nampaknya bakal menjadi mimpi ngeri untuk semua kaki kereta dan motosikal apabila ia mahu memperkenalkan peranti anti-kelajuan yang dikenali sebagai Intelligent Speed Assistance atau ISA.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali 2024 di mana semua kenderaan baharu yang dijual di Eropah akan dipasang terus dengan peranti tersebut.

Peranti ISA mampu mengesan tanda had kelajuan yang berada di jalanraya melalui sistem kamera di hadapan kenderaan, data GPS atau kedua-duanya sekali. Ia kemudian akan memberi amaran kepada pemandu akan had kelajuan di kawasan itu, atau mengubah kelajuan kenderaan jika ia di dalam mod "cruise control" atau mengurangkan kuasa enjin untuk memperlahankan kenderaan.

Kebanyakan kenderaan sebenarnya sudah mempunyai sebahagian dari sistem ini melalui sistem navigasi, di mana data GPS digunakan untuk memberi amaran halaju maksimum di jalanraya yang sedang dilalui.

EU yakin ISA akan mengurangkan jumlah kemalangan maut antara 26 hingga 50 peratus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Khamis lalu, cadangan oleh Green Party di Jerman untuk memperkenalkan halaju maksimum untuk…
Berita Global
Menurut Samantha Cockfield, pengarah keselamatan jalanraya untuk Suruhanjaya Kemalangan…
Berita Global
Pada ketika ini, sebahagian besar kawasan Eropah dilanda fenomena gelombang haba yang sangat…